Pangkat atas dari laksamana armada Laksamana_Armada_(Amerika_Syarikat)

Semasa pangkat laksamana armada diwujudkan, pihak Tentera Laut mengisytiharkan bahawa George Dewey lebih senior dari pegawai lima bintang yang baru dilantik, tetapi tidak menyatakan yang Admiral of the Navy adalah pangkat enam bintang. Oleh kerana tidak ada senario dimana laksamana armada dan Admiral of the Navy ialah pangkat aktif yang serentak, pihak Tentera Laut menyatakan tiada kesetaraan atau hubungan senioriti antara mereka berdua. Jabatan Tentera Laut secara ringkas mempertimbangkan kemungkinan "pangkat enam bintang" semasa Perang Dunia II, terutamanya apabila Douglas MacArthur dinaikkan pangkat ke General of the Armies, dan keperluan untuk menyediakan satu pangkat yang sama dengan pegawai Tentera Laut. Namun, kerana kenaikkan pangkat MacArthur tidak pernah diluluskan, pihak Tentera Laut menggugurkan idea untuk versi baru Admiral of the Navy dengan tanpa sebarang cadangan dikeluarkan.

Satu-satunya pengiktirafan secara rasmi pangkat tentera Amerika Syarikat yang lebih senior dari laksamana armada ialah General of the Armies. Pada tahun 1981, satu lencana tidak rasmi untuk "laksamana enam bintang" telah dicipta selepas Kongres memohon penjelasan mengenai prosedur apa yang akan berlaku sekiranya pegawai Tentera Laut dinaikkan pangkat yang setara dengan General of the Armies.[6]